salam. hye all.
entry panjang utk cover 2 hari sebab nak study. kite tengok. kite tengok.
happy monday blues everyone ! dulu cikgu seriyona, (our warden back in mrsm mzms) pernah cakap, kalau awak start hari isnin dengan gembira, bangun awal pagi, takde kusut masai, insyaAllah, the rest of the week, akan berjalan dengan mudahnya. sebaliknya kalau isnin awak dimulai dengan wajah masam dan perasaan malas2 serta kelam kelibut, minggu anda mungkin sedikit serabut. katenye laah...
saya setuju.
sebab itu saya seboleh2 tidak mahu ada perasaan 'benci' terhadap isnin. malah memulakan hari dengan secangkir MILO dan sepinggan NASI AYAM!!! *burrpppp... ha korang ado? orang mesia pun makan nasi lemak roti canai jeeee pagi2, (jee??? menyembunyikan perasaan cemburu)
sebenarnya, nasi ayam dinner semalam, selalu save untuk keesokan harinya, sebab terlampau byk disumbat dgn roti canai kakzerina mlm tadi kan. rasa mcm seronok je makan dengan roomate/housemate baru. eh eh eh? ada roomatee die? iyalah, biasa rumah sunyi je pagi2, breakfast pun senyap2 dalam bilik, ataupun sambil berjalan menuju bus. harini macam gembire sebab pagi2 dah bising2 semua orang siap2 pergi sekolah. THE FULL HOUSE IS BACK, yaaaayyyy!
tp now semua orang dah pg sekolah. ai je duduk rumah sorang2 lepak2, sebab ai tak pandai so, ai rehat je kat rumah di pagi isnin, selasa, rabu minggu ni. *YAY!* eh, awak tak ingat saya dah bertungkus lumus few weeks before sampai balik pukul 10 malam??? berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. *sambil melibaskan rambut tanda puas hati*
eh, u cakap u tak pandai?
why?
are u sure u tak pandai peoz? then how in the first place, u get into medical school? MEDICAL SCHOOL? MEDICAL SCHOOL?
i was having an ice-breaking session with a stranger while waiting for the bus last time,
me: "... yes, i study at uni too, but im going to the hospital today"
stranger stopping by to apply her sunblock: "oh ok. what are u studying?"
"errrr... im doing medicine" - selow ajer sebut selalu malu2 bile orang tanye study ape.wekss
"oh woooooooww! u must be very smart kids at school that u can enter med school" - i can see an honest impressed face there, but i always have mixed feeling. whats lie beyond it.
"hmm... nayyyy, im not that smart, im just lucky" - yes you are lucky peoz. but luck doesnt always last forever. remember.
" yes, you are very lucky." - "DO YOU HAVE ANY IDEA THOUSANDS PEOPLE ARE DYING TO BE IN UR POSITION RIGHT NOW?" be grateful! *i feel like they are shouting this instead at my face. btw, thank you for second that. lucky to be the chosen one. ok.
a fraction of typical conversation, i usually had when people asked me what im doing at uni. tang mana pandainya kalau orang lain at ur age dah bersepah jadi doktor dan dah kerja semua and u still in uni? betapa takutnya saya setiap kali menjelang exam, ibarat menunggu maut di tali gantung. *overnye* i see medicine as SOMETHING very BIG! because u are dealing with human lives, NYAWA manusia yang tak tada galang gantinya. bagilah selambak permata, segunung emas...
takkan dapat menggantikan satu nyawa.
saya selalu membayangkan betapa hebatnya seorang cardiosurgeon, membuka jantung manusia, cari a very tiny heart vessel, (pembuluh darah), buang, sambung, jahit, bayangkan something goes wrong? bayangkan? jantung manusia weyh! jantung. malaikat je yang boleh belah dada nabi muhammad dengan hebat confirm tanpa sebarang cela!
saya jadi takut dan tidak yakin.
saya mula membayangkan suatu masa nanti, orang datang berpusu2 di emergency ward, berdarah2, dan saya the only doctor incharge! sebagai seorang yang boleh dikatakan perfectionist *penat!*, saya merasakan, saya harus bertanggungjawab memastikan semua orang mesti hidup dan selamat, mesti selamat, things cannot go wrong!
saya bertambah takut.
takut dan bimbang akan expectation diri yang melampau2. masa itu belum ada drive yang kuat lagi untuk meneruskan perjalanan. masih takut2 macam tikus. mungkin sebab ilmu sekangkang semut.
apa lagi bila dugaan datang menimpa-nimpa, dunia ini benar2 menghentam. dush dush dush. terhenyak2 aku ke lubang kecil. gelap. sunyi. sendiri. dan punya masa untuk berfikir panjang. masa inilah fikiran dijentik.
quitter never win kan? winner stop.revive.and survive kan?
thats life nak oiii, hidup ibarat memandu di atas lebuh raya yang panjang. kalau berhenti di tengah jalan, tak sampai ke mana. mati aje lah kat situ. nak uturn tak boleh. nak tak hendak, perjalanan harus diteruskan. sebab itulah, ada RnR sepanjang2 highway malaysia. untuk beli jagung rebus, pau kacang ahmad, isi minyak petronas, supaya kau boleh revive and survive.
eceh sempat promote pau pakcik ahmad.
i told myself, "grades never show intelligence"
bill gates said, "I failed in some subjects in exam, but my friend
passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of
Microsoft"- eh. inspired not?
its ok bibeh to be the late runner. dalam diam, saya merangka masa depan, yang terbaik untuk saya, keluarga, agama dan bangsa. things i must achieved before i turn 33. and 47.
hakikat sebuah kehidupan, kita tidak akan sedar sesuatu itu sangat berharga sehinggalah kita kehilangannnya. and no way, i dont want to have that feeling, if i let u go, u maniac medic! 'im not surprised, not everything last, ive broken my heart so many times, i started keep in track, i tried so very hard not to lose it, i came up with millions excuses, i thought of every possibilities..." eh. sound familiar?
kite kan kene jumpa bende yang salah before we met the right thing! betul dak?
so people, do we really need to be extra brilliant, cream of the cream to be in medical school? i was the top of the cream during primary school, (the ONLY good days i can be proud of, eleh darjah 1,2,3,4,5,6 ptuih. itupun sekali due ajer. biarlah nak proud!) i was the average super duper average during high school in mrsmjasin (where everyone is like makan buku, menyampahs), and i was the super bottom in kmb (where everyone gargle je buku dah pandai, while i had to cincang halus2 buku) . now u decide?
tell u what, most of my friends, who serve you, YOU, YOU, the sick people in malaysia right now, is the average student while in high school. sama ajer level dengan aku. eh sorry eh kawan, tapi kau duduk row belakang aku kot masa graduate dulu. lalalaa~ (tapi yg byknye duduk depan sikit. ok fine!) tapi im proud of you friend, im prouddd! rasa nak nangis bila jumpa korang pakai steteskop, LAB COAT putih.
masing2 macam, eh kite dulu bukan panjat pagar same2 ke, sampai ayam kepsi jatuh? eh kite dulu bukan ke jual maggi sebab nak dapat duit? eh kau kan yang bagi kutu kat aku mase kat asrama dulu? teeeetttt* eh eh over kaaauu. bahahhahahahahaahaaahahaa! jadi doktor seyh sekarangggg!!! *tepuk2 belakang kawan*
tak payah pun nak kene pakai spek tebal2 due tiga inci jadi ulat bukuuuuu! karut. karuuuuuut! siapa entah cakap camtu dulu.
alah kau ape kurangnye. belajar oberc seeyhhh! *malu2 kambing* bile nak habis? *senyap* shadap yu.
yang pandai2 selalu dapat pointer 3.80 above semua tengah buat MASTER, PHD! ok tak semua, shahirah adibah best student yg selalu dapat 4.0 masa kat jasin dulu buat medik kat uk. aku rasa waste sangat orang bijak pandai tahap gargle je buku ni dah pandai amek medik, korang patut belaja buat bom. eh opss. buat bahan letupan api sebesar lalat supaya kita boleh letupkan negara israel tu tanpa mereka sedari. *mintak2 lah derang tak leh tafsir gugel blog aku*
oh ke korang nak cipta ubat tahan sakit paling mujarab dalam dunia? ok. ok. ok.
tak payah pandai sangat pun tak apa, yang penting hati kene besar, kalau tengok darah pun dah lembik, cemane? (macam orang tu, tuuu, itu dulu) hati kena cekal! macam haghimau! *masih berusaha keras membina hati harimau!* i cakap dengan u, medik ni susah. *nangis* kene hafal banyak benda, kene
jangan byk makan semut, kene RAJIN, CEKAL, KONSISTEN, so, maksudnye,
tak semestinya kene jadi PANDAI gile.
bila aku tengok mat2 salleh ni, depa takdak ah bijak sangat pun. depa bukan cream of the cream pun yang masuk medik ni. ok ada lah yang betul2 bijak kan, tapi diorang nak masuk course medic, diorang kene amek certain exam macam tu. ade je aku tengok bingaiiii je mamat ni dtg tute pun malas buat kerja, setiap kali jumpa tgok utube dak macam tipikal medic student pun... boleh je amek medik.
faham dak?
korang faham tak mentaliti masyarakat malaysia, "peeghhh anak pakcik mail dapat pergi mesir buat medik, pandai gilaaaa punya. huish! hebat2" - walhal, anak pakcik manap duduk di birai dinding, buat engineering, dengar kecik hati aje, padahal dia punye pointer 2.0 lagi tinggi dari anak pakcik mail. tak kene puji pun. kesian anak pakcik mail. tape biar aku tolong, engineer memiliki otak geliga dari doktor sebab korang kene handle bende bukan hidup, salah sikit habis! doktor kalau salah bg ubat, auta sana sini, pakcik, dont worry, we'll fix it for you with... hamek kau 10 jenis ubat!
tatahu lah kenapa tibe2 nak tinggi kan darjat engineer harini.
orang fikir, bila kita buat medik,
kitalah paling pandaiiiii, kitalah bijaaak. daaak aaihh. takpunn. mungkin sebab itu ada yang jadi gila sebab expectation orang terlalu tinggi terhadap dia dan dia jadi stress kalau tak berjaya. siapa2
pun boleh belajar medik, oklah, tipu. maksud aku macam, kalau hang tak
pernah dapat nombor satu dalam kelas, pun kalau hang minat gila gila
punya gila, boleh jadi doktor. kadang2 sistem pendidikan kita tidak adil. yang sepatutnya diberi peluang, tak dapat peluang tu. yang diberi peluang pulak, mengada2. aku kenal
beberapa orang yang nak sangat ambil medik, tapi tak lepas sebab tak
dapat course medik. walhal, dia 77kali lebih layak.
rezeki kan. Allah yang atur. sabar eh kawan2. kadang2, its all about luck. tapi, nak be in the luck, still u have to berusaha ;)
*tapi aku tak nafikan majoriti kawan2 aku yang kat kmb semua pun spesis kumur2 buku je dah boleh lulus exam. i admit, im not one of them.
pasti ada sebab kenapa orang memandang tinggi terhadap profession seorang doktor kan?
makcik2 pakcik2 kampung tak pernah jumpa engineer, tapi selalu jumpa doktor. maka penghargaan yang diterima oleh doktor itu adalah secara direct. bila kita senyum pada doktor, sebab hilangkan sakit perut kita kecik2 dulu. bagi appeton. ah. comel ! bila kita senyum pada doktor gigi bile dah masukkan gigi palsu dan ucapkan terima kasih, sebab sekarang makcik dah boleh makan kacang... eh terharunye. mcm nak nangess. sobsobsobs.
mungkin sebab itu...
mana ada engineering, architect, duduk di tepi bangunan hospital sambil buka counter, sayalah yang mereka bangunan ini, sayalah yang bertanggungjawab ke atas kestabilan kerusi yang makcik duduk ketika berjumpa dengan doktor. eh kelakar lah pulak kalau ada.
biarlah. tapi aku tetap seribu kali lagi kagum dengan bangunan2 tinggi pencakar langit yang korang buat. naik lif pun aku dah kagum sungguh siapalah yang cipta. terima kasih sangat2. tak payah lah besar2, siapa yang cipta blender pun aku dah kagum, terima kasih lah tak payah susah2 kitorang kene gilis cili macam zaman dedolu tu haa~ hebat2.
jadi kepada diri sendiri dan kawan2 yang masih meragui perjalanan ini, i keep reminding myself, this is the best tool to reach what i wanna achieve in the future. this the best. this is the best. this is the best. u suffer now, and u live the rest of ur life as a superwoman yay!!!
ingatlah, senyuman nenek2, atuk2, yang bakal dilemparkan kepada kita bila kita cakap, "nenek jangan risau ye, nant balik, nenek telan ni, insyaAllah esok nenek dah boleh jalan tak payah pakai tongkat!" eh comel. kau macam ahli magis pulak.
the whats that keep me moving...
"its not difficult to work hard, what is more important is to STAY FOCUS!" - from a millionaire friend
tak semestnya kena jadi bijak dan pandai untuk jadi berjaya, cuma perlukan hati yang cekal dan tabah serta semangat yang jitu. ingat EQ itu lagi penting dari IQ kalau nak jadi orang BERJAYA !
"raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar". ~ Khalifah ‘Umar
itulah belajar medik kene sabar dan tenang, jangan tamak sangat aim nak habis 50pages. eh eh eh mane nak faham? belajar ape2 pun.
korang nak tahu tak satu lagi sebab, kenapa tak semestinya kene jadi pandai sangat nak belajar medik, sebab... ia sendiri adalah proses untuk menjadi pandai. bila kau belajar medik, automatically, kau jadi PANDAI. tiba2 sumpah. siapa je yang tahu macam mana jantung kau boleh pam darah 22,000 gelen sehari tanpa sebarang kegagalan. eh pandai kan pandai? harapanku adalah, masuk medik tak berapa pandai, keluar medik jadi pandai gilaaaa! wohhhhaaaa!!! kau ni cakap macam ular berbelit2.
korang faham tak aku tertekan bile korang cakap, budak2 medik ni pandai2? sebab aku tak.... ok bai!
kumar n clark dah panggil !