Friday, March 2, 2012

pat pat

pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat ketupat

pat pat tersempat, siapa yang kena dia terlipat

pat pat melompat, apa sedapnya mengumpat?

kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. 

tetapi, boleh jadi, tangan manusia yang menggoyangkannya. 


eh eh eh whats up malaysians? waddup with anti-lynas and punching each other? kemon lah. sekarang satu dunia sudah tahu tentang malaysia. bila ahli politik bergaduh sesama sendiri, masing2 tak mahu mengalah. bukannya mahu mengejar matlamat yang satu, sebok nak membangunkan parti. cippoodaaa~

seharusnya, ada satu lagi parti yang wujud, dalam kalangan pemuda pemudi yang celik minda ni. kita buat satu parti kita bertanding dalam parlimen. cehwah cakap macam senang. cakap macam kau nak buat parti payung , parti biskut, masa nak bertanding jadi bwp dulu?

GP saya selalu tanya saya pasal malaysia,

saya tak tahu nak jawab apa. tapi terpaksa lah jawab yang betul. malaysia sekarang tengah bergolak dalam lombong politik yang tak pernah surut. masing2 cuba merampas tampuk pemerintahan. ekonomi malaysia pula bagaimana? bukankah malaysia semakin maju? kata GP saya. hmmm.... saya pun rasa semakin maju! maklumlah, perdana menteri malaysia sekarang sedang mengusahakan malaysia ke arah transformasi menuju dunia berteknologi, sejajar dengan negara maju yang lain. 

wah wah wah. cuba je lah fikir ayat engrish aku yang tunggang langgang itu bila bercakap dengan GP. 

tetapi politik malaysia tetap berada di takuk lama. tambah saya lagi

"alah, mana2 negara pun sama. saya masih ingat berita tentang dr m dan ai. yang tersebar dalam berita australia" 

tiba-tiba, tak semena2, hati saya disipu malu. ape nak jawab ni? 

"oh... a.i sudah didapati tidak bersalah. mereka tidak boleh menyabitkan a.i dengan kesalahan luar tabie beliau, kerana bukti tidak cukup kukuh. iyalah, apa yang mereka dakwa itu seolah2 tidak logik pun. video2 yang disebarkan... semuanya seperti...." enggan mengulas lebih lanjut. 

"saya pun rasa begitu. saya tak faham pun, siapalah dalam dunia ini yang sibuk2 mahu jaga tei kain orang dan hal peribadi orang lain? sudahlah dihebah dalam media pulak tu. tah hape2" - ulas GP lagi

"oh anak beliau, yang menjadi doktor itu, pun masuk politik juga kan?" 

"oh ye, saya tak tahu pulak dia doktor, tapi dia memang kuat berpolitik. maklumlah, puteri reformasi" 

"saya juga tak pasti, tetapi dia adalah seorang yang berpangkat tinggi dan bijak. dia masuk politik, hendak membela ayahnya. bagus2" - kata GP lagi. 

hmm... GP saya pun mengenali izz. wah wah wah politik malaysia, amat terkenal di serata dunia. baiklah aku berhenti sekarang. dan berdoa agar malaysia diselamatkan dari bencana yang dahsyat! 

ya Allah jauhkanlah kami dari terus-terusan dianiaya mental~

0 amygdala orang:

Post a Comment